Jun 6, 2013


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Merciful....
Assalamualaikum...



Terpanggil pula nak luahkan isi hati kat belog yg mybe kalu ade habuk dah bersawang agaknya..setelah sekian lama tak menjengah disini dek terlalu sibuk dgn 'study' konon je tu. Tahniah dan Mabruk kepada rakan2 yang telah dan akan mendirikan rumah tangga..  Selamat menempuh kehidupan yang baru hingga ke syurga, InshaAllah..

Kepada rakan-rakan yang belum ada ikatan yang sah dan halal ini, saya memohon dengan rasa rendah hati,  jagalah adab dalam berkawan atau mengenal hati budi "si dia"... Erm, siapalah saya nak menegur secara terang-terangan, sekurangnya terpanggil juga untuk saya tunjuk tanda "protes" dengan sikap kita "remaja masa kini" dalam kisah mereka mencari pasangan hidup semati...

Jauhilah meniru budaya barat di luar sana..(renung-renungkanlah ye)

Selepas belogwalking tadi, ade satu cerita yang menarik perhatian untuk dikongsikan disini..Sebagai kaum hawa layakkah anda, bersediakah anda untuk bergelar isteri dan ibu?? isteri kepada kaum adam, ibu kepada     insan yang bakal kita lahirkan?? perkahwinan bukan sekadar anda dan si dia... terlalu besar tanggungjawab yang perlu dipikul wahai hawa..

Andaikata kita masih dikejutkan untuk sembahyang subuh, andaikata pakaian anda masih lagi ibu yang basuh, andaikata anda masih lagi bangun tidur ketika matahari sudah tinggi memacak, andaikata bilik tidur anda masih lagi bersepah, andaikata anda masih pakar dalam memasak air semata-mata, andaikata anda masih berjumpa dengan al-quran seminggu sekali sahaja, ... Layakkah  kita untuk menjaga kebajikan orang lain sedangkan kita masih lagi berkeadaan andaikata itu???

Pernah terdengar kata-kata ini "anak yang dilahirkan diibaratkan kain putih yang suci, dan ibu bapalah yang mencorakkan anak itu nnti"... tak terasa besar ke tanggungjawab kaum hawa disitu?? Wahai kaum hawa, persiaplah diri kita dulu dengan bermacam ilmu terutamanya pengetahuan agama..

### seminggu je lagi nak bergelar bekas mahasiswa ###  selangkah kaki ke dewan konvokesyen ### doakan yang terbaik untuk diri ini ##






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com