Jun 24, 2012
UNTUKMU,
maafkan aku, kerana buta.
buta melihat kasih sayang buatmu.
tatkala kau berikan.
maafkan aku, kerana bisu.
bisu untuk meluahkannya.
tatkala kau mencipta ayat bahagia kepadaku.
maafkan aku, kerana pekak.
pekak mendengar luahan darimu.
tatkala kau memberikan janji2 manismu.
dan sekarang kau lari dariku.
meninggalkan segala kenangan yg kau sndiri cetuskan.
menambah parut derita dihati perempuan ini.
memainkan perasaan kaum ibumu sendiri.
Dariku,
saatku buta dari melihat mu kasih.
kerna ak takut dari mata turun ke hati.
kerna ak takut hati ini terpesong dari peganganku.
kerna ak takut kasih sayangmu hnya berlandaskan nafsu mu.
saatku bisu membalas ayat bahagia mu.
kerna ak ingin menjaga percakapanku.
kerna dari percakapan menggambarkan peribadiku.
kerna dari peribadiku akan menambahkan perasaan hatimu.
saatku pekak mendengar ayat bahagiamu.
kerna ak takut jiwa halus ini cair akan janji manismu.
kerna ak takut hati ini jatuh cinta akan dirimu.
kerna ak masih hijau dialam ini.
dan biarkan diriku menyimpan semua impian itu.
impian yang telah lama tersirat dihati ini.
sebenarnya...
ak ingin bersamamu,
ak ingin kau menjadi pelindungku
ak ingin kau mengimamkan solatku
dan bakal anak2 kita
sebelum itu, izinkan...
ak menguji kesabaranmu,
ak menguji keikhlasan cintamu,
ak menguji kesungguhan cintamu terhadapku,
ak menguji hatimu sendiri...
iklas dariku untukmu,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment