Sekiranya anda berasa susah untuk tidur malam ini
ingatlah tentang keluarga tidak berumah
yang tidak punya katil tempat berbaring.
Sekiranya anda kecewa dengan perhubungan
yang semakin buruk
fikirkanlah ttng mereka yg tidak pernah tahu apa rasanya
untuk menyayangi dan disayangi
Sekiranya anda berasa kekurangan dan terfikir
apakah sebenarnya hidup ini,apakah matlamat hidupku?
Bersyukurlah kerana masih terdapat
mereka yang tidak hidup lama
untuk menikmati peluang tersebut
Sekiranya anda merungut bahawa negara ini
tidak cukup memberikan perkhidmatan,
Fikirkanlah tentang negara-negara yang mengalami
rusuhan dan huru-hara
Kita tidak pernah sedar tentang betapa beruntungnya kita dalam sesuatu keadaan
sehinggalah kita berada dalam keadaan yang lebih teruk

1 comment:
jadi marila kita sentiasa bersyukur kepadaNya..Amin
Post a Comment