MENITI KEHIDUPAN INI
Alhamdulillah.. petang yg mendamaikan bagi diri aku, setelah 2 minggu aku berkejaran dgn test,assgnment,project,presentation n quiz ..skg dapatlah ak me "relax" kan diri yg tersayang nie.. P.E.N.A.T betul..semakin dewasa kite semakin bnyak onak dan duri untuk melalui hari yang mendatang..Tetibe teringat kenangan lampau yang ad mcm2 pahit dan manis datang menjengah dalam kehidupan aku dulu2..aish, semua nie masih segar di ingatan aku...
Benar setiap ujian itu datang daripada Allah bagi menguji keimanan hamba-hambaNya. Jika ujian-ujian ini diturunkan kepada mereka yang kurang pegangan agamanya, mereka akan segera menyerah kalah. Mungkin lebih teruk ialah berpaling dari agama atau murtad ataupun juga membunuh diri.
Aku terus memohon kepadaMu ya Allah,teguhkan keimananku kepadaMu. Biar apa ujian yang kau beri kepadaku, ku sangat-sangat memohon kepadaMu agar Kau memberikan aku ketenangan dalam hatiku ini. Aku sedar aku hanya sekadar hambaMu yang hina, yang banyak melakukan dosa padaMu. Namun lebih hinalah diriku tanpa cahaya hidayahMu untuk memanduku mendekatimu.
Dalam bulan ini sahaja begitu banyak dugaan yang mendatang. Kadang-kala terasa sangat sukar untuk aku membiarkannya berlalu walaupun ia tiada kaitan denganku secara langsung. Namun, jika itu yang telah Kau tetapkan untukku, aku pasti sesungguhnya itu yang terbaik untukku. Kuterima ketentuanMu itu walaupun aku tidak mengerti. Aku cuba menerima segalanya walau aku masih buntu mencari jawapannya.
Ya Allah,
KepadaMu aku sujud menyembah
KepadaMu aku memohon segalanya
Kumohon agar hati ini kembali tenang
Tenang ketika aku sujud kepadaMu dan membaca ayat-ayat kitabMu
Dan menyerahkan segalanya kepada ketentuanMu
No comments:
Post a Comment